Friday, June 13, 2008

Bina Keusahawanan Bersama Kami










" Jika takut dengan kepayahan, kepahitan dan kegagalan.... maka jangan angankan kejayaan, kemewahan dan kebahagiaan."

Ramai usahawan bermula dengan perasaan takut. Namun, mereka tidak membiarkan perasaan takut itu menghalang mereka mencapai kejayaan. Antara cara yang dapat digunakan bagi mengatasi perasaan takut menceburi bidang perniagaan adalah:

  • Pecahkan impian anda untuk berjaya dalam bidang perniagaan kepada matlamat-matlamat kecil. Ini akan dapat membantu mengurangkan perasaan takut itu.

  • Buang segala perkara yang negatif dalam hidup , seperti tabiat yang buruk. Selain itu, bukalah minda bagi melakukan eksplorasi ke dalam bidang-bidang yang anda minati.

  • Membuang perkara negatif juga akan menyedarkan anda sebenarnya saudara mempunyai banyak masa bagi menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

  • Berhenti berfikir secara negatif dan gantikannya dengan pemikiran yang positif.

  • Selain itu, elakkan diri daripada berbual dengan mereka yang tidak menyokong dan sentiasa berfikiran negatif mengenai niat anda itu. Ini tidaklah bermakna anda harus memulaukan mereka. Apa yang penting di sini adalah anda perlu mengurangkan pergaulan dengan mereka kerana apabila tidak, perasaan takut itu tidak hilang.Pada masa yang sama, carilah kawan-kawan yang sedia memberi sokongan dan galakan kepada anda.

  • Yang paling penting, luangkan sedikit masa untuk berbual dengan mereka yang berjaya dalam bidang perniagaan. Cuba belajar daripada pengalaman mereka.

  • Semua orang boleh berjaya dalam bidang perniagaan apabila mereka bertindak dengan betul. Tambahkan ilmu dalam bidang perniagaan melalui pembacaan, seminar, kursus, bengkel dan sebagainya. Selain itu, anda juga harus mula merangka pelan perniagaan .Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri.

  • Lakukan sesuatu yang anda benar-benar suka dan dapat menguasainya dengan baik. Ini akan dapat meyakinkan diri anda sendiri dan seterusnya akan dapat mengurangkan perasaan takut anda.

  • Sekiranya anda takutkan kerugian, gunakan prinsip’start small finish big’.

Keinginan untuk berjaya adalah impian setiap manusia. Peluang adalah terbuka kepada mereka yang betul-betul inginkannya. Tanpa melibatkan risiko yang tinggi, anda sebagai rakaniaga mampu menikmati imbuhan yang disediakan dengan syarat mempunyai kesungguhan untuk melaksanakannya. Sertailah program2 keusahawanan serta bengkel2 yang diadakan di seluruh Malaysia bersama kami bagi menjana kejayaan anda seperti mereka2 yang telah membuktikannya...

No comments:

Post a Comment